Ujian fizikal dan interviu
Tanggal
5 Julai 2019 baru ni genaplah i kerja dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun. Eh, kejap betul
masa berlalu. Rasanya macam baru je keluar rekrut. Teringat kembali zaman
mula-mula ujian fizikal nak masuk enforcement ni. Fuhhh, bukan mudah ye
kawan-kawan. Macam x percaya juga i lepas semua elemen ujian tu. Antara ujian
yang dibuat ialah check BMI, anggota badan, mata, lompat jauh, bangun tubi dan
lain-lain lagi. Yang i tak boleh lupa part larian 2.4 km dalam tempoh masa 17
minit bagi wanita. Ya ampun, time i lari lepas 2 pusingan tu dan macam nak
surrender sebab penat sangat kot. Nak dapat kerja punya pasal i habiskan larian
6 pusingan padang bola dan berjaya catat masa 12 minit.
Lepas 2
bulan dapat pula surat interviu. Perasaan nervous nak interviu tu tuhan je yang
tahu. Oleh kerana confident level yang tinggi i jawab je semua soalan-soalan
yang ditanya (lupa dah soalan apa yang
ditanya oleh penal) hahaha. Ada ke last interviu panel bagi tau i, u ni
sesuai jadi cikgu je bukan penguatkuasa. Huhu.. Trick je tu. Then i jawab yang
i memang minat dari kecil nak pakai uniform then semua i apply jawatan
penguatkuasa dalam SPA8. Lepas 3 bulan i dapat pula surat panggilan lapor diri
di Akademi JPJ Melaka pada julai 2009. Time ni i tak dapat nak gambarkan
perasaan happy dan betapa bersyukurnya dapat kerja tetap. Thanks ALLAH.
Inilah
tempat i rekrut selama 3 bulan pada tahun 2009
Pengalaman di Selangor Darul Ehsan
So far i
dah merantau tinggal dan kerja di 4 buah negeri. First lepas rekrut i lapor
diri kerja di Shah Alam, Selangor selama 4 tahun. Pengalaman pertama kerja i
dilantik menjadi Pegawai Penyiasat (IO) bagi kes-kes tangkapan ulat di KLIA.
Masa ni i kerja oncoll. Ada je kes tangkapan i kena turun ofis buat siasatan.
Ok la masa ni masih bujang kan. Lepas setahun jadi IO i jadi penyelia unit
pengurusan penguatkuasa. Kira macam urus kes-kes saman, kes siasatan dan rekod bilik
fail. Rasanya dalam 6 bulan gitu i bertukar pula ke Bahagian Khidmat Pelanggan
dan jadi pembantu Pegawai Khidmat pelanggan.
Kerja di
customer service ni i banyak handle pameran jabatan dan bagi ceramah
keselamatan jalan raya di agensi swasta dan sekolah. I timba banyak
pembelajaran dan pengalaman di bahagian ni, jumpa ramai orang dan belajar cara
buat public relation (PR) dengan semua golongan. Kerja pon bole dikatakan 7
hari la seminggu la kadang-kadang tu sebab weekend sibuk attend buat pameran
jabatan. Hampir 2 tahun lebih juga la i di bahagian ni sebelum bertukar.
| Ini pic i masa trainning Menembak.. |
Pengalaman di Wilayah Persekutuan Labuan
Kemudian
selepas berkawin pada 2013, bulan september i merantau ikut husben menetap dan
kerja di Wilayah Persekutuan Labuan selama 3 thn ½. Di sini i kerja di Bahagian
Pelesenan dan Pengujian Pemandu. Kira pengalaman kerja baru la di sini. I handle
pasal pengujian calon-calon ambil lesen di Institut memandu, handle di kaunter,
handle pasal pertukaran lesen asing/ international driving license dan semua
berkaitan pelesenan la. Oleh sebab Labuan pejabat tidak begitu besar dan
pegawai juga tidak ramai so i juga handle berkaitan kerja pengurusan pejabat
membantu ketua cawangan berkaitan aset dan kewangan.
Seronok
bekerja dan bergaul dengan orang-orang di Labuan. Walaupun sebuah pulau yang
kecil tapi orang-orang di sana sangat baik, suasana aman dan damai serta kerja
juga tidak terlalu sibuk. Boleh sudah saya cakap sabah bha
sikit-sikit..hahaha.. Di Labuan juga ada
sejarah yang tidak mungkin i dapat lupakan iaitu kedua-dua puteri i selamat dilahirkan
di sini. I/C Labuan bha anak-anak. Muka diorang pon dah kenan skit-skit orang
Sabah. Ngeeee..
Ini kawan
baik i masa kerja di Labuan. Kami tengah Ops Motosikal.hehe
Pengalaman di Kelantan Darul
Naim
Pada
April 2017 i posting semenanjung sebab husben bertukar ke Kuantan kerana
kenaikan pangkat. Oleh kerana tiada kekosongan jawatan di Kuantan so i transit
kerja di Kota Bharu, Kelantan selama 9 bulan. Walaupun jarak jauh dengan husben
ketika itu family mertua selalu datang jengukkan i dengan anak-anak kerana
mereka orang Kelantan. Di Kelantan i bertugas di Bahagian Pelesenan dan
Pengujian Pemandu juga, cumanya skop tugas yang berbeza.
I
dilantik sebagai Ketua Unit Institut Memandu iaitu perlu urus semua hal-hal
berkaitan pengurusan di 14 buah Institut Memandu di seluruh Kelantan. Agak
sibuk kerja di sini dan kebanyakkan masa i kerja di luar pejabat. Membuat
pemantauan di IM, lawatan tapak dan membuat permohonan untuk pembaharuan permit
IM, handle program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) dan sebagainya. Kenangan kerja
di Kelantan walaupun sekejap namun akan tetap tersemat di hati i. Kawan-kawan
di sana sangat peramah dan baik dan macam family sendiri. Love u’olls..
| Ini pula my anak fruit merangkap bff masa di Kelantan. Kami dalam Perhimpunan Setia.. |
Kini di Pahang Darul Makmur
Alhamdulillah,
awal tahun 2018 i dapat pindah ke Kuantan untuk tinggal bersama suami atas
alasan pertukaran suka sama suka dengan rakan sejawatan. Now, i bertugas di
Bahagian Pendakwaan as a Prosecutor Officer (PO). Yes, pengalaman baru lagi
bakal tercipta kerana post ni memang i minat sejak dari Selangor ketika i
dilantik menjadi IO dahulu. Seronok tengok sahabat-sahabat PO dulu mencabar
diri di Mahkamah terutamanya ketika handle kes perbicaraan. So far i just bawa
kes-kes saman untuk mention di Court Traffic dan kebanyakkan semuanya PG (Plead
Guilty). I masih menunggu untuk mencabar diri dan belajar handle kes bicara.
Cewahhh.
Selain
itu i juga handle permohonan perlucuthakkan kenderaan di Court. Dalam seminggu 3 hari juga i ke
Court handle kes. I juga membantu pengurusan di pejabat dalam penyediaan dan
pendaftaran kes-kes mahkamah yang melibatkan sistem e-court dan e-filling. Sedikit
gambaran sepanjang setahun lebih mention kes di court i tengok bermacam-macam
ragam orang awam ketika membuat rayuan di hadapan Majistret. Ada yang drama air
mata, drama sakit jantung, rayuan sakit dan bermacam-macam lagi. Kadang-kadang
tu kesian pon ada. Tapi itu itu la, if kita semua patuhi undang-undang jalan
raya dan ikut peraturan yang telah ditetapkan rasanya xde kot kes sampai ke Mahkamah
kan..
Selfie
dengan Puan Izzati my Majistret..
Inilah
sebahagian sahabat-sahabat i di Kuantan..
Sekian
saja story pengalaman kerja dari i,
Ikhlas : Nurul Murni

No comments:
Post a Comment