Sebenarnya dari kecik i
bukanlah peminat tegar buah durian ni. Kalau teringin sangat baru i cari dan
beli. Kalau perhatikan sekarang ni di tepi-tepi jalan memang berlonggok buah
durian dijual. Lagi best sekarang ni ramai peniaga menjual penuh satu plastik
hanya antara harga RM20-RM50. So pandai-pandai pembeli untuk memilih samada yang
kecil, sedang-sedang atau yang besar janji muat-muat satu platik besar yang
disediakan sahaja.
Selain itu, ada buah durian yang mahal
dijual mengikut gred. Contohnya Durian 101, D24, udang merah, musang king dan
lain-lain. Memang mahal harganya kerana isinya yang kuning dan lazat. Sekilo je
dah mencecah antara RM30-RM80. So pandai-pandai
pembeli untuk memilih jenis dan gred mengikut selera dan kemampuan
masing-masing.
Oleh kerana suami dan
anak-anak i memang hantu makan durian, so secara tidak langsung i pon terjebak turut
serta suka makan durian. Memang sedap la kalau beli buah durian yang mahal
sikit. Pada i, mahal sikit tak jadi masalah asalkan durian itu memang sedap dan
berkualiti.
Sempena
lambakan durian yang banyak dipasaran dengan harga yang murah, i nak kongsikan
petua elak panas badan selepas makan durian. Ini petua orang-orang tua ye.
1) Ambil pangsa buah durian dan tuangkan air di
dalamnya lalu minum. Selawat 3 kali InsyaAllah tiada panas badan.
2) Ambil sedikit garam dan cuitkan sedikit di lidah.
3) Kalau dah makan dekat 3 hingga 4 biji tu korang
minumlah air kosong banyak ye.
Kalau ada petua lain? kongsikan la ye
Ini gambar i dengan family makan durian di tepi jalan…
No comments:
Post a Comment