Monday, July 8, 2019

PEMBIKINAN VIDEO TUGASAN HUBUNGAN ETNIK




Cerita kali ni i nak share pasal pembikinan video subjek Hubungan Etnik yang juga di ajar oleh Dr. Mohd Azli Bin Abd Ghaib. Kami perlu menubuhkan satu kumpulan seramai 4 orang ahli dan perlu membuat video tajuk apa sahaja yang berkaitan dengan Hubungan Etnik. Idea untuk buat video ni sememangnya datang last minit iaitu seminggu dari tarikh tugasan hendak dihantar. Padahal dah lama dah pon tahu tugasan perlu dibuat base on course outline yang diberi, cuma masing-masing blur nak buat tajuk apa. Huhu..

Hurmmm, akhirnya kami memilih tajuk ‘‘Amalan tolak ansur dan toleransi dalam masyarakat menjamin keharmonian sejagat’’. Memandangkan 3 dari ahli kumpulan adalah dari satu tempat kerja yang sama so kami memilih lokasi di Kawasan JPJ Kuantan. Rakan kami seorang kerja di Bomba Taman Tas turut hadir ke JPJ untuk sama-sama membuat rakaman video. Selain itu, kami juga membuat shooting awal penceritaan di kedai aksesori Al-Murah di IM5. Walaupun terdapat beberapa halangan dan cabaran disamping shoot dalam keadaan cuaca yang panas, alhamdulillah kami berjaya membuat rakaman dalam masa 3 jam dengan pelbagai scene dan plot cerita.

Kami juga meminta bantuan rakan sekerja yang pandai membuat editing bagi melengkapkan penceritaan. Thanks en.wahyu, jasamu amat dikenang. I dengan rakan-rakan amat berharap hasil video kumpulan kami adalah yang terbaik dan juga mendapat full mark bagi tugasan video hubungan etnik, aamiin. Bukan nak bodek tapi hanya mendoakan..cewahhh…haha…
Di sini i kongsikan juga mesej yang kami ingin sampaikan dalam video hubungan etnik tersebut berserta kesimpulannya.



Amalan Tolak Ansur dan Toleransi Dalam Masyarakat  Menjamin Keharmonian Sejagat

Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum.Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan.
Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama. Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang unik.Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama,kepercayaan dan adat resam tersendiri. Setiap kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.
Sehubungan dengan itu, nilai toleransi mesti diamalkan oleh setiap warganegara supaya keamanan dan keharmonian dalam negara tercapai. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak ansur sesama bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
Selain itu, setiap warganegara harus mengawal perkataan dan kelakuan diri pada bila-bila masa supaya tidak menyentuh isu sensitif seperti hak-hak dan kedudukan raja, agama, kewarganegaraan dan hak-hak istimewa bumiputera. Inilah untuk menjamin kesejahteraan Negara sejagat. Tambahan pula, setiap warganegara harus selalu hidup bersama secara aman. Contohnya, Masyarakat patut hidup berbaik-baik antara satu sama lain supaya Negara kita dapat mencapai perpaduan kaum dan berkembang maju.
Dalam kehidupan seharian, kita pasti bertemu dan berhubung dengan  ramai orang. Pelbagai urusan yang kita lakukan dan dalam kesibukan itu kadang kala kita terlepas dari melakukan kesilapan dan kadangkala terlupa untuk menzahirkan rasa terima kasih kita terutama  buat insan-insan yang secara tidak langsung membantu kita.
Tidak rugi jika kita mengamalkan sikap saling memaafkan dan berterima kasih. Ini merupakansatu amalan yang mulia. Janganlah kita bersikap  sombong, berbangga diri ataupun riak kerana di dunia ini kita saling perlu memerlukan dan saling melengkapi.  Mungkin dengan ucapan maaf atau terima kasih yang kita zahirkan mampu menggembirakan hati dan perasaan insan lain tanpa kita sedari. Ingat, sentiasalah berbuat baik dan tonjolkan akhlak yang mulia.

Kesimpulannya

“ Setiap orang perlulah mengamalkan sikap bertolak ansur dalam kehidupan agar sentiasa aman dan harmoni.”

I kongsikan gambar-gambar kami semasa pembikinan video dijalankan. :-





 











No comments:

Post a Comment