Sunday, July 7, 2019

SUSHI

Makanan Jepun memang selalu dikaitkan makanan yang unik dan segar. Di Malaysia, makanan sushi mula popular di kalangan rakyat Malaysia sejak pertengahan era 90 an lagi kerana konsep makanannya yang mudah, segar dan eksotik. I merupakan salah seorang penggemar makanan sushi ini. Di Kuantan i selalu makan sushi di Empire Sushi di Kuantan City Mall. Selain itu, i selalu juga beli sushi di foodcourt pasaraya membeli-belah.

Secara asasnya makanan sushi ini melibatkan nasi putih yang dimasak bersama cuka nasi sushi di dalam periuk nasi. Ianya kelihatan seperti nasi pulut tapi hakikatnya ianya bukan nasi pulut. Nasi sushi ini akan diproses menjadi satu bentuk silinder pendek dan dibalut dengan rumpai laut yang dipanggil Nori. Kemudiannya di atas nasi sushi ini akan diletak samada ikan salmon, crab stick, ayam goreng, sotong dan banyak lagi untuk dijadikan satu hidangan lengkap. Lazimnya ia dimakan dengan wasabi atau soy sauce. I tak berapa suka makan dengan wasabi ni. Ntah la,mungkin x kena dengan selera I kot. Hehe.

Berbalik kepada makanan Jepun tadi, i suka sangat makan Chigiri Age (kek ikan) dan Tori Karaage (atas nasi sushi ada ketulan kecil ayam goreng bersama sedikit mayonis). Memang sedap. 

Oleh itu, jom kita lihat sushi apakah lagi yang sedap dan popular di Malaysia. ini. 

 MAKANAN SUSHI PALING POPULAR DI MALAYSIA
1. KANIKAMA

Sushi ini paling digemari oleh orang Melayu Malaysia. Bahan utama sushi ialah nasi sushi, rumpai laut, wasabi disapukan pada bebolah nasi dan crab stick. 

2. KANIKAMA MAKI


Jika terjumpa dalam menu Sushi tulis perkataan MAKI kat belakang, maknanya sushi itu dibuat menjadi gulungan sushi. Macam Kanikama Maki adalah bahan yang sama seperti kanikama. Bezanya ialah bentuk fizikal itu sahaja yang berbeza.

3. KANIKAMA MAYO 

Kanikama Mayo ialah crab stik yang sudah dihiris kecil (sudah siap dalam bungkusan belian) dan dicampurkan dengan mayonis. Kanikama itu ialah sushi crabstik. Mayo pula ialah mayonis. Bahan campuran diletakan dalam satu bentuk sushi seperti di atas.

4. EBIKKO


Yang ini selalunya Chinese Malaysia suka makan dan beli. Warna merah itu adalah telur udang. Tetapi sekarang kebanyakan kedai sushi jual Tobikko iaitu telur ikan.

5. SAKE 
Salmon Sake ialah sushi Salmon. Yup, salmon ini mentah tapi sudah diproses dengan baik sebelum diletakkan di atas nasi bebola sushi itu. 

6. TUNA MAYO 


Tuna Mayo ialah tuna yang dicampur dengan mayonis.  

7. TORI KARAAGE

Yang ini boleh dibuat di rumah sahaja. Tori Kaarage ini ialah sushi ayam goreng yang lazimnya diletakkan mayonis di atasnya.

08. CHIGIRI AGE 

Kalau tidak silap, Chigiri Age ini bebola ikan campur sayur. 

09. KAPPA MAKI



Kappa adalah timun. Jadi Kappa Maki ini ialah gulungan sushi timun. Selalunya letak bijirin kat atas timun itu sebelum digulung dengan menggunakan Maki (alat gulung sushi)

10. UNAGI 
Unagi ialah belut. Jadi di atas adalah sushi belut. 

11. EBI 
Ebi ialah udang. Ebi di dalam gambar adalah mentah tetapi sudah diproses dan bersih. Jadi sushi di atas adalah sushi udang.

12. EBI TEN 


Ebi Ten ialah sushi udang yang digoreng.

13. EGG MAYO

Cecair kuning di atas ialah telur hancur yang dikisar dan dicampur dengan beberapa bahan lain. Warna merah pula ialah telur udang. 

14. TAMAGO 


Tamago ini ialah telur yang diproses bersama bahan tertentu dan dibekukan di dalam peti ais jadi bentuk macam di atas.

15. INARI
Inari ialah macam tauhu kering. Nasi sushi diletakkan di dalam Inari ini.

16. KANITAMA MAKI


Kanikama (crab stick) + Kappa (timun) + maki (gulungan sushi) = Kanitama Maki. Lazimnya mayonis disapukan di atas sushi ini. 

17. EBITEN MAKI 
Ebiten (udang goreng) + Maki (gulungan sushi) = Ebiten Maki

18. CALIFORNIA MAKI

California Maki memang sangat popular di kalangan penggemar makanan sushi Malaysia. Bahan di dalam sushi ialah udang goreng, timun, atau apa-apa yang anda mahu letak. Bezanya kat luar sushi ini ada serbuk Ebikko atau Tobikko. 

19. GOLDEN BALL

Telur rebus yang digoreng menggunakan bancuhan istimewa. Kemudian dibelah dua dan diletakkan Kanimayo di atas telur rebus goreng ini beserta dengan mayonis sekali. Memang sedap.

20. CALIFORNIA TEMAKI
Gabungan bahan seperti timun, crabstick, tamago etc dan digulung seperti bentuk aiskrim. Jadilah California Temaki.

21. CHUKA IDDAKO
Sotong kecil-kecil yang dicampur serbuk bijirin. 

22. EDAMAME

Edamame ialah kacang soya muda yang sudah diproses bersih dan boleh dimakan.

23. SASHIMI 
Multiple sushi in one plate. 


Sedap kan korang tengok sushi-sushi di atas. Pada sesiapa yang tidak pernah makan sushi ni patut cuba rasa. Sedap sangat.

No comments:

Post a Comment